Isnin, 4 Julai 2011

TRUSMADI BAKAL JADI TUMPUAN?




 Batu Bertuliskan Huruf-Huruf Jawi?


KAMPUNG SINUA(100 kilometer dari Keningau)-Ada satu kejadian agak pelik di bawah gunung Trusmadi baru-baru ini.Seketul batu yang berbentuk badan manusia tidak berkepala setinggi hampir satu meter telah ditemui di sebatang sungai ketika kerja-kerja mengorek oleh jentera.Terkejut dengan penemuan itu pihak-pihak berkenaan telah menaikkannya ke tebing sungai.Apa yang menambah agak hairan ialah terdapat beberapa imej seperti huruf-huruf jawi tetapi agak sukar diterjemahkan kerana ia tidak begitu jelas.Sementara di tengah-tengah batu ini kelihatan seperti tangan orang sembahyang bagi orang Islam.

Pada awalnya berita itu kita dengar dengan penemuan batu bertuliskan ayat-ayat Al Qur'an dan ia agak menggemparkan penduduk sekitar dan merebak ke pedalaman.Ia kemudiannya tersiar dalam akhbar tempatan melalui kenyataan bekas Ketua Kampung Sinua Encik Laimin@ Hasanudin Laimin.

Kini batu ini telah diangkat dan dipindahkan ke pekarangan balayraya kampung Sinua untuk tujuan penjagaan dan juga kemudahan orang ramai melihatnya.

Setakat ini tidaklah dapat disahihkan sama ada imej-imej huruf tersebut mempunyai kaitan dengan huruf-huruf jawi.Atau ia terjadi daripada terkena alat pengorek jentera.Namun kita percaya serba sedikit semua ini ada hikmah kejadian.Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui segala ciptaannya.Setakat ini terdapat beberapa keluarga dan individu mualaf atau saudara baru yang tinggal di perkampungan ini yang amat memerlukan bantuan-bantuan seperti pembinaan surau, kelas pengajian ilmu dan bimbingan ekonomi.Bantuan boleh disalurkan kepada urusetia Penaja Pembangunan Kebajikan Muallaf Trusmadi(Pembangun) Encik Laimin @ Hasanudin Laimin hp.0138701342, Doktor Rokin Aman hp.0195888164 dan Hasrul Abdullah hp.0138587369


Tiada ulasan:

Catat Ulasan