PKR Dun Liawan, Rusdi Padiman, menyertai gotong royong perdana di
kampung Taman Rakyat.
KENINGAU(DUN LIAWAN)- Kampung Taman Rakyat jalan Bingkor Bypass bersebelahan dengan Hospital Baru Keningau dan berjiran dengan Kg.Tudan Baru, nampaknya memerlukan beberapa kemudahan asas untuk melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan Islam. Di antaranya ialah surau, tapak gelanggang aktiviti belia seperti aktiviti kesukanan. Namun satu kekangan yang kuat ialah 'ketiadaan' tapak kosong yang boleh dibina sementara tapak aktiviti kemasyarakatan. Semua lot tanah di kawasan Kampung Taman Rakyat ini adalah milik bergeran masing-masing. Walaupun terdapat tapak-tapak tanah kosong dan terbiar kerana belum dibuka atau digunakan pemiliknya namun ia tidak dapat digunakan melainkan mendapat ehsan sukarela sementara daripada pemiliknya.
Wakaf Tanah
Namun dalam soal tapak surau seharusnya diperlukan tapak yang berstatus tetap dan ia hanya dapat diperolehi seandainya ada dikalangan penduduk Taman Rakyat ini yang ehsan mewakafkan sebuah tapak seluas binaan surau yang tertentu. Kemungkinan bersaiz 25 x 30. Siapa yang sanggup berkorban? Pahala besar menanti di akhirat berdasarkan hadis nabi " Apabila mati anak adam itu maka terputuslah amal anak adam itu melainkan 3 perkara iaitu ilmu yang diajar, anak soleh/solehah dan Amal Jariah.." Oleh itu semoga ada dikalangan penduduk Islam di Taman Rakyat ini yang sanggup sudi menyahut seruan Rasul ini.
Aktiviti Gotong Royong Perdana Dipuji
Dalam aktiviti Gotong Royong Perdana di kawasan kampung Taman Rakyat ini pada 26, Febuari lalu, Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Dun Liawan Encik Rusdi Padiman yang mewakili YB.Datuk Hj.Sairin Karno, Pembantu Menteri Luar Bandar Sabah, beliau memuji aktiviti seperti ini dan berasa kagum dengan penyertaan semua golongan masyarakat di sini yang hadir untuk bergotong royong buat pertama kalinya. Katanya, beliau percaya kebanyakan penduduk di sini adalah orang-orang yang berwawasan tinggi dan sudah tentunya akan bersama-sama memajukan tempat ini termasuk kebersihan demi untuk kepentingan bersama.
Harapan
Beliau juga percaya, suatu hari nanti akan lahir penduduk-penduduk yang berjaya samaada dalam pelbagai bidang terutama dalam pembangunan ekonomi.
Peserta gotong royong bergambar beramai-ramai dengan PKR Dun Liawan Rusdi Padiman.
Pengerusi JKDB Taman Rakyat ialah Encik Ridzainuden Abdul Rasid dan Ketua Kampung Encik Arimin Mahali.Terdapat 4 blok pembahagian iaitu Blok Budaya. Blok Hijrah, Blok Perpaduan dan Blok Madani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan