TAMBUNAN- Seperti biasa, apabila saya ke Kota Kinabalu, pasti singgah di warung cendrawasih milik ustaz Hadi, seorang tokoh agama di Tambunan.Saya pasti memesan mee rojak yang memang sedap rasanya, yang disediakan oleh isteri beliau. Kebetulan ustaz Hadi berbual-bual dengan cikgu Azmi Hj Sidek.Tentunaya perbualan kami akan cepat berkisar perkhabaran semasa masing-masing. Sememangnya banyaklah topik yang kami sentuh dengan penuh kesungguhan mengupas dan mengolahnya agar sama-sama merasai 'kemesraan' topik itu. Diantara topik utama ialah mengenai perkembangan madrasah AlKhautsar, sebuah kelas pengajian agama Islam untuk anak-anak Tambunan yang diusahakan oleh ustaz Hadi. Apa yang disentuh ialah tentang sumber dana untuk membiayainya. Pada masa ini bangunan masih separuh siap dengan bahan-bahan binaan hasil daripada perbelanjaan beliau sendiri dan dengan hasil sumbangan rakan-rakan atau kenalan-kenalan rapat ustaz yang prihatin.
SUMBANGAN KOPERAT DAN DERMAWAN ISLAM
Apa yang kami 'perbincangkan' ialah bagaimana kaedah untuk mendapatkan sumbangan dana yang lebih besar. Diantaranya ialah melalui sumbangan koperat. Tapi bagaimana untuk mendapat sumbangan koperat? Daftarkan madrasah ini dengan berpayung kepada pertubuhan NGO yang lebih besar seperti USIA, Yadim, Perkim dan sebagainya. Selain itu boleh juga didaftarkan ke Syarikat-syarikat besar yang mempunyai akses Zakat perniagaan seperti Yayasan Sabah, Bank Rakyat, Petronas dan sebagainya. GLC-GLC yang besar mempunyai kadar zakat yang agak tinggi dan apalah salahnya sesekali mereka memerhatikan madrasah persendirian ini sebagai tempat memberikan bayaran zakat.
SUMBANGAN MENDAPAT REDHA ILAHI
Selain itu, sesiapapun, tidak kira usahawan, bekerja sendiri, kakitangan awam dan swasta seharusnya mempnyai peranan tersendiri sudilah kiranya menghulurkan seberapa yang mampu sumbangan bulanan, suku tahun atau setahun sekali. Pastinya apa yang disumbangkan itu dengan ikhlas dan penuh memohon redha ilahi jua.Kalau bukan sesama Islam, siapa lagi yang ditunggu? Itulah kira-kira harapan yang tinggi madrasah persendirian seperti Maahad Al Khautsar di sini untuk sokongan kelangsungan hidup dan terus hidup bahkan berkembang pesat.
Assalamualaikum, Persatuan Kebajikan Pembangunan Muallaf Pedalaman Atas Sabah kini sudah didaftarkan dan telah memiliki sijil pendaftran dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 03.01.2012 yang lalu.Insyaallah sedang menyusun program aktiviti untuk sepanjang tahun ini.Diantaranya ialah, ziarah dari surau ke surau di luar bandar,majlis tahlil dan bacaan Yaasin,membersihkan kawasan surau, majlis berkhatan beramai-ramai, dakwah ziarah dan sebagainya.
BalasPadam