Selasa, 15 Februari 2011

Kg.Sinua Perlukan Bangunan Surau.

Dalam jelajahku di kampung Sinua, masyarakat yang terdiri dari suku Dusun ini mengamalkan ajaran agama Kristian dan sedikit muallaf(Islam).Bagi masyarakat muallaf di sini, mereka amat memerlukan bangunan surau sebagai aktiviti untuk keagamaan.Bagi masyarakat Kristian sebuah gereja yang agak besar telahpun didirikan.Adalah sebuah keadilan seandainya sebuah surau didirikan untuk masyarakat muallaf di sini.Dalam satu kunjungan jelajahbumiku.blogspot baru-baru ini mendapati sebuah tapak untuk surau sudah disediakan yang diusahakan oleh bekas Ketua Kampung (KK) Laimin @ Hasanudin.Beliau berharap pihak kerajaan atau NGO Islam di seluruh dunia sudilah untuk membantu mendirikan surau di sini untuk kepentingan dan syiar Islam di kaki gunung Trusmadi ini.Untuk urusan tersebut bolehlah menghubungi pihak jelajahbumiku ditalian 0138587369 atau melalui emel - addussuni@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan