RANAU--Baru-baru ini dalam perjalanan jelajahku, sempat juga berbual-bual sambil bertukar-tukar fikiran dengan sahabat lama, Hj.Saprin yang dikenali di daerah Ranau, Orang Kaya..wah..syukur alhamdulillah kerana beliau adalah antara kenalan-kenalan saya sejak lama dulu yang telah mula menempa nama dalam bidang ekonomi.Moga Allah SWT mengekalkan impian dan cita-cita murni beliau berjaya dalam ekonomi bangsa Dusun.Dalam perbualan kami sejak dahulu, kadang-kadang terselit susah payah dalam melaksanakan membangun ekonomi dan bukan semudah yang digambarkan atau difikirkan.Kesabaran dan ketabahan yang tinggi dan berkekalan.Hj Saprin sering mudah memberikan tips-tips untuk menjadi seorang yang berjaya.Dalam perbualan kami itu sering tersentuh tentang hal ehwal suku Dusun di Sabah dan kadang-kadang menekankan tentang para Dusun muallaf, lama dan baru.Menurut beliau wadah para pengerak perjuangan Islam Dusun yang sudah sedia ada dan besar ialah dalam 'bangsa' dusun itu sendiri yang dianggarkan kira-kira sejuta orang sahaja di seluruh negeri Sabah Bawah Bayu ini.Yang pertama, katanya, ialah menumpukan mencari titik perpaduan atau penyatuan bangsa ini, yang dipercayai berasal dari Indo China dalam versi sejarah yang dikenali.
Bagaimana para pemimpin untuk mendekati mereka dan apa 'jambatannya' agar bangsa ini menerima konsep 'satu bangsa, satu bahasa' dalam konteks suku kaum Dusun ini.Apakah kekuatan konsep itu? Kenyataan sekarang, kaum ini sudah berada dalam kehidupan bermasyarakat pelbagai kaum lain, berpendididkan kebangsaan Malaysia serta bebas dengan pengaruh kepesatan teknologi moden.
Dalam menggarap perpaduan bangsa ini kepada satu konsep, ia harus menjurus kepada 'menang dalam kalah'.Sebagai contoh, kalau berpolitik, walaupun kalah dalam persaingan tetapi tetap bersatu, tidak pecah, tidak terpengaruh ke lain konsep, maka ia masih dikira menang dalam kalah.Maksdunya, hari ini kalah tetapi tetap utuh perpaduannya, muhibbahnya dan rasa 'kedususnannya' yang masih erat, maka keberangkalian pada masa depan akan menuju kemenangan yang bermaruah.
Begitulah kira-kira pandangan beliau yang amat menarik sekali. Marilah kita bangsa Dusun Sabah meningkatkan perpaduan kerana ia adalah teras kepada kekuatan bangsa yang majoriti di bumi yang kita sayangi ini. Catatan akan bersambung kemudiaan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan