Jumaat, 26 Ogos 2011

bookukita.blogspot.com

Jalan-jalan Ramadhan



Pada 13hb.Ogos kami serombongan 6 orang sahabat telah berziarah ke kaki gunung Trusmadi di rumah KK Laimi@ Hasanudin 1 malam satu hari.Program kami adalah ziarah Ramadhan ke kampung Sinua iaitu untuk ziraah kepada para muallaf di kawasan ini. Bersahur dan berbuka di rumah beliau.

Bertembung Di tengah Jalan.

Selain itu, kami sempat juga berkunjung ke surau baru kampung Sinaron dan beramah mesra dengan para muallaf di sana walaupun di tengah jalan dalam perjalanan kerana mereka juga dalam perjalanan ke satu majlis perjumpaan program kemajuan kampung.

Sebenarnya antara lain tujuan kami ziarah ramadhan ini ialah meninjau-ninjau prospek pembangunan yang ada di kawasan ini dengan tujuan dibangunkan atas nama pembangunan ekonomi muallaf iaitu penduduk yang masih minoriti di kawasan ini.

Isnin, 4 Julai 2011

TRUSMADI BAKAL JADI TUMPUAN?




 Batu Bertuliskan Huruf-Huruf Jawi?


KAMPUNG SINUA(100 kilometer dari Keningau)-Ada satu kejadian agak pelik di bawah gunung Trusmadi baru-baru ini.Seketul batu yang berbentuk badan manusia tidak berkepala setinggi hampir satu meter telah ditemui di sebatang sungai ketika kerja-kerja mengorek oleh jentera.Terkejut dengan penemuan itu pihak-pihak berkenaan telah menaikkannya ke tebing sungai.Apa yang menambah agak hairan ialah terdapat beberapa imej seperti huruf-huruf jawi tetapi agak sukar diterjemahkan kerana ia tidak begitu jelas.Sementara di tengah-tengah batu ini kelihatan seperti tangan orang sembahyang bagi orang Islam.

Pada awalnya berita itu kita dengar dengan penemuan batu bertuliskan ayat-ayat Al Qur'an dan ia agak menggemparkan penduduk sekitar dan merebak ke pedalaman.Ia kemudiannya tersiar dalam akhbar tempatan melalui kenyataan bekas Ketua Kampung Sinua Encik Laimin@ Hasanudin Laimin.

Kini batu ini telah diangkat dan dipindahkan ke pekarangan balayraya kampung Sinua untuk tujuan penjagaan dan juga kemudahan orang ramai melihatnya.

Setakat ini tidaklah dapat disahihkan sama ada imej-imej huruf tersebut mempunyai kaitan dengan huruf-huruf jawi.Atau ia terjadi daripada terkena alat pengorek jentera.Namun kita percaya serba sedikit semua ini ada hikmah kejadian.Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui segala ciptaannya.Setakat ini terdapat beberapa keluarga dan individu mualaf atau saudara baru yang tinggal di perkampungan ini yang amat memerlukan bantuan-bantuan seperti pembinaan surau, kelas pengajian ilmu dan bimbingan ekonomi.Bantuan boleh disalurkan kepada urusetia Penaja Pembangunan Kebajikan Muallaf Trusmadi(Pembangun) Encik Laimin @ Hasanudin Laimin hp.0138701342, Doktor Rokin Aman hp.0195888164 dan Hasrul Abdullah hp.0138587369


Rabu, 4 Mei 2011

KEMATIAN OSAMA LADEN, BENARKAH SYAHID?

Semua manusia akan mati tidak kira apa bentuk atau penyebab kematian.Mati dibunuh, kemalangan, lemas dan sebagainya.Dalam konteks kematian seorang pejuang Islam, ia amat sinonim dengan istilah mati syahid. Yang bermakna mati berjuang membela agama Islam secara khusus terutama dalam perang dengan kaum kafir atau bukan Islam.Mengenai tokoh pejuang Islam zaman ini seperti Osama Laden, walaupun dilabel oleh kaum kafir sebagai pengganas, namun dalam konteks Islam masih ada ruang untuk menafikan tokoh ini seorang pengganas tegar.Ia tentunya akan dilihat dari dua sudut utama iaitu dari sudut penyokong dan peminat kepada perjuangan memartabatkan Islam dan pembelaan kepentingan Islam yang tegar dan keduanya dari sudut pandangan orang islam yang berfikiran amat sederhana. Bagi penyokong pejuang tegar sudah tentu mereka menganggap kematian ini sebagai syahid kerana Osama berjuang untuk membela umat Islam yang sudah lama ditindas, tertindas dan dianiaya baik secara kasar mahupun secara halus oleh kaum kuffar dan Yahudi.Maksudnya tekanan yang melampaulah yang menyebabkan Osama tergerak untuk bangkit berjuang tanpa menghiraukan risiko.Sememangnya bagi para pejuang, mati itu manis untuk syahid

Isnin, 14 Mac 2011

stunami bumi datang lagi..


Dari Allah Datang

Masyaalllah..innalilalah..semuanya datang dari Allah dan kembali kepada Allah SWT jua.Selepas stunami di sumatera Indonesia 6 tahun lalu, stunami di Jepun adalah yang terdahsyat pada awal tahun 2011 ini.Tentunya ada hikmah yang besar bala bencana seumpama ini. Di manapun bumi Allah, semuanya tidak lepas daripada musibah.Baik bumi itu dihuni oleh manusia yang beriman mahupun sebaliknya. Kesan musibah ini dirasai oleh manusia beriman atau tidak. Hanya yang membezakan ialah apa 'mesej' musibah ini.Mesej itu tentulah datang daripada Yang Maha Pencipta alam ini. Bumi ini adalah sebahagian daripada kompenen alam semesta yang maha luas ini.

Iktibar
 
Apapun, musibah seumpama ini pasti mendatangkan iktibar atau pengajaran yang besar samada kepada yang ditimpa mahupun kepada manusia semuanya. Bagi umat Islam tentunya kejadian ini adalah qada dan qadar yang jelas tersurat di dalam al quran dan juga hadis nabi yang berkaitan dengan tanda-tanda akhir zaman akan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi dan sebagainya.

Bertasbih

Sepintas kesedaran, impak daripada kejadian ini, bibir umat Islam secara spontan akan bertasbih, istighfar, berzikir dan berdoa sebagai tanda keprihatinan daripada apa saja peristiwa yang Allah SWT timpakan. Kita mengucapkan takziah kepada negara matahari terbit itu atas bencana yang menimpa negara tersebut.Kita menyedari ramai rakyat Jepun beragama Islam tentu terlibat dengan bencana ini.

Ahad, 27 Februari 2011

Kampung Taman Rakyat Keningau Perlukan Surau


                   
  PKR Dun Liawan, Rusdi Padiman, menyertai gotong royong perdana di  
                                         kampung  Taman Rakyat.



KENINGAU(DUN LIAWAN)- Kampung Taman Rakyat jalan Bingkor Bypass bersebelahan dengan Hospital Baru Keningau dan berjiran dengan Kg.Tudan Baru, nampaknya memerlukan beberapa kemudahan asas untuk melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan Islam. Di antaranya ialah surau, tapak gelanggang aktiviti belia seperti aktiviti kesukanan. Namun satu kekangan yang kuat ialah 'ketiadaan' tapak kosong yang boleh dibina sementara tapak aktiviti kemasyarakatan. Semua lot tanah di kawasan Kampung Taman Rakyat ini adalah milik bergeran masing-masing. Walaupun terdapat tapak-tapak tanah kosong dan terbiar kerana belum dibuka atau digunakan pemiliknya namun ia tidak dapat digunakan melainkan mendapat ehsan sukarela sementara daripada pemiliknya. 

Wakaf Tanah
Namun dalam soal tapak surau seharusnya diperlukan tapak yang berstatus tetap dan ia hanya dapat diperolehi seandainya ada dikalangan penduduk Taman Rakyat ini yang ehsan mewakafkan sebuah tapak seluas binaan surau yang tertentu. Kemungkinan bersaiz 25 x 30. Siapa yang sanggup berkorban? Pahala besar menanti di akhirat berdasarkan hadis nabi " Apabila mati anak adam itu maka terputuslah amal anak adam itu melainkan 3 perkara iaitu ilmu yang diajar, anak soleh/solehah dan Amal Jariah.." Oleh itu semoga ada dikalangan penduduk Islam di Taman Rakyat ini yang sanggup sudi menyahut seruan Rasul ini.

Aktiviti Gotong Royong Perdana Dipuji

Dalam aktiviti Gotong Royong Perdana di kawasan kampung Taman Rakyat ini pada 26, Febuari lalu, Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Dun Liawan Encik Rusdi Padiman yang mewakili YB.Datuk Hj.Sairin Karno, Pembantu Menteri Luar Bandar Sabah, beliau memuji aktiviti seperti ini dan berasa kagum dengan penyertaan semua golongan masyarakat di sini yang hadir untuk bergotong royong buat pertama kalinya. Katanya, beliau percaya kebanyakan penduduk di sini adalah orang-orang yang berwawasan tinggi dan sudah tentunya akan bersama-sama memajukan tempat ini termasuk kebersihan demi untuk kepentingan bersama.

Harapan

Beliau juga percaya, suatu hari nanti akan lahir penduduk-penduduk yang berjaya samaada dalam pelbagai bidang terutama dalam pembangunan ekonomi.

" Saya yakin akan kemampuan para penduduk di Taman Rakyat ini yang sudah mula menampakkan kejayaan dalam membangunkan ekonomi masing-masing.Satu hari nanti insyaallah ada yang jadi jutawan," kata Encik Rusdi.

                                          Peserta gotong royong bergambar beramai-ramai dengan PKR Dun Liawan                                           Rusdi Padiman.

Pengerusi JKDB Taman Rakyat ialah Encik Ridzainuden Abdul Rasid dan Ketua Kampung Encik Arimin Mahali.Terdapat 4  blok pembahagian iaitu Blok Budaya. Blok Hijrah, Blok Perpaduan dan Blok Madani

Surau Kampung Batu Lunguyan Serba Dhaif

SOOK- Pada 25, Feb lalu saya berkesempatan berkunjung ke kampung Batu Lunguyan, kira-kira 50 kilometer dari pekan Keningau.Saya bersama ustaz Jasnin Udin, kakitangan Jheins berpejabat di pekan kecil Sook.Saya ke sana kerana mengikut ustaz Jasnin untuk majlis mesyuarat Jawatankuasa Surau kampung tersebut yang pertamakali diadakan.Adalah menjadi hasrat yang tinggi masyarakat muallaf di kampung itu mahukan satu 'perubahan' drastik untuk pembangunan dan pemantapan aktiviti keagamaan di kampung itu.Biarpun mereka adalah golongan sangat minoriti daripada keseluruhan penduduk kampung itu. Keadaan surau lama itu memang agak dhaif, ketika saya berkunjung ke sana kawasan surau belum dibersihkan daripada rumput-rumput panjang. Hanya ada sebatang paip air graviti. Kemudahan bilik air dan tandas yang belum ada. Siling bangunan surau yang sudah terkopak, dibuka atau hilang dan tingkap cermin juga dikenalpasti ada yang hilang atau mungkin pecah. Kemudahan sambungan elektrik juga belum ada.

 AGENDA MESYUARAT

Selain daripada itu antara  agenda mesyuarat yang dibincangkan ialah masih tentang pengazetan/pengesahan tapak surau, cadangan membina surau baru di tapak baru, tapak perkuburan Islam, khidmat imam, tenaga pengajar fardhu ain, data penduduk muallaf, aktiviti seperti kursus-kursus jangka pendek seperti kursus pengurusan jenazah, penyembelihan halal, berkhatan dan sebagainya. Tentunya pihak berkuasa agamalah yang diberitanggungjawab besar untuk membantu menyelesaikan semua masalah para muallaf di kampung ini.


SUMBER EKONOMI


Satu perkara yang  menarik ditimbulkan diakhir mesyuarat ialah para muallaf di kampung ini inginkan tambahan sokongan membangunkan dan memperkasakan ekonomi muallaf. Saya yang berkesempatan diberi peluang untuk memberikan pandangan, agak teruja dengan keinginan mereka itu. Apa yang dapat saya kongsikan tentang peluang membangunkan ekonomi muallaf di kampung ini dan bahkan di zon Trusmadi ialah sebenarnya satu peluang yang amat besar.

Melihat kepada keluasan tanah di lembah Trusmadi ini dan dengan sokongan geografi yang sangat baik, maka sebenarnya, begitu luas peluang untuk membangunkan ekonomi melalui aktiviti pertanian, penternakan dan juga sekaligus pengilangan hasil pertanian. Satu cadangan yang saya berikan ialah sudah tiba masanya komuniti muallaf di lembah Trusmadi menerokai 'ekonomi' yang lebih mencabar dengan tujuan kerana Allah SWT. iaitu memperkasakan syiar Islam yang tinggi sebagaimana kepercayaan dan keyakinan tinggi mereka kepada Islam yang mereka pilih sebagai pedoman dan panduan hidup di dunia dan akhirat.